sangkaan aku jauh tersasar..
rupanya sangat susah nak berkomunikasi dengan orang yang down syndrome..
sangat tabah ibu bapa mereka nak menjaga mereka..
"adik. jom ikut akak menari"
tapi riaksi dia macam takut..
"okeh, akak duduk sebelah adik ye"
dia tolak-tolak tangan aku, menandakan dia tak nak di ganggu...
aku pun bangun biarkan dia seorang diri melayan perasaan..
sedih pun ada la jugak aku rasa, bila ayah kepada budak tu suruh anak dia ikut menari...
ayah dia sering cakap dekat aku,
"anak i pandai, kalau kat rumah dia aktif, tapi tak tau laa nape dia tak nak"
"tak apa, saya faham.. dia malu atau takut kot dengan saya"
aku pun melayan la kanak-kanak down syndrome yang lain..
actually tak ada la kanak-kanak pun...
sebab umur mereka lebih kurang sama macam aku,
20-an.
mereka ni sangat kreatif tau...
ni antara hasil kraf tangan mereka...
rumah..
eh, termasuk pulak gambar abg retro a.k.a LAT TAIKO..
ukiran patung bersama model tak berbayar
senduk gajah
bakul
mulut itik.. haha
lakaran dinding
tempurung setepek
yang ni aku tak tau apa benda
lukisan dan tempat letak pen
ni pulak persembahan dari mereka...
persembahan mereka
sangat terhibur dengan persembahan mereka..
masa untuk kami pulak buat persembahan
LASKAR PELANGI dan TAPI BAGAIMANA
sambil aku rakam ni,
budak sebelah aku pun ikut menyanyi...
tapi bila aku suruh join diorang, dia tak nak..
malu katanya...
ni la dia.. nama dia azizul.. hensom kan.. hehe
si azizul ni siap bagi bunga lagi dekat kawan aku..
tapi tu pun lepas di paksa cikgu dia..
nama si comel ni pulak syawal
aku suka sangat berborak dengan syawal ni...
ramah sangat..
tapi aku dah mengajar dia sesuatu yang tak baik...
bila kawan perempuan aku lalu, aku suruh dia buat fiiuuuwwiittt...
dia ikut pulak tu...
jahatnya aku...
Penutup event kami dengan aktiviti tanam pokok UiTM..
sebagai simbol yang kami pernah ke sana...
atok sedang sibuk menanam bersama cikgu
LAPORAN PENUH dari
aku laaa... dah nama pun blog aku... hehe

No comments:
Post a Comment