Monday 18 March 2013

Oh my ANP!!

Assalamualaikum.

Stress baru jawap test tadi.

Azam awal sem punya lahai berazam nak dapat A+++ subjek Anatomy and Physiology (ANP). Masuk je tengah semester, tinggal hangat2 kentut ayam je. Carry mark semuanya paras hidung orang kerdil. Sangat rendah. HAMPEH!!

Tidaaakkk, aku tak nak sangkut kat Puncak Alam ni lama2.

Aku nak grad cepat2, dapat kerja, nak beli rumah, nak kawen cepat2. Eh?!! Muahahaha. Selangkah je lagi ni.

ANP, please be nice to me.

P/S: 8hari lagi nak mengadap paper ANP. Study3~~~ 

Friday 15 March 2013

Selamat datang kedunia manusia wahai kad matrix!!

Finally, setelah 2 bulan aku hidup tanpa matrix card, warganegara jugak aku kat UiTM ni.

Kalau tak kehulu kehilir aku pegang buku cover dada ala2 budak nerd giteww. Semuanya gara2 matrix card aku pergi jalan tak reti reti nak balik. Exam pun lagi 2 minggu je. Kalau tak ada matrix card aku tak boleh masuk exam ni. Mama tolong!!!

Aku tak ambik lagi benda alah ni

Dan kerana matrix card ni jugak aku tak dapat lagi nak ambik baucar buku aku. Nak tak nak merangkak jugak la aku turun naik pejabat buat matrix card baru.

Aku pergi naik pejabat punya la cun dengan baju kurung + mekap tebal 1meter katakau!! (mekap ke? nak pakai eyeliner pun tak reti, cano tu..) Sebab pkir yang dia nak snap gambar baru la aku pakai cantik2.

Selesai buat bayaran kat pejabat bendahari, aku pun naik la tingkat 6 untuk ambik gambar baru. Part ni yg aku paling suka ni. Aku dah la suka ambik2 gambar ni. Duduk la dulu menungggu giliran memandangkan ramai student baru degree nak buat kad matrix.

Tengah syok2 berborak dengan member aku ni, tiba2 aku dgr org panggil nama aku.

Yeay!! Senyum~~~ *nak snap gambar*

Tersenyum macam kerang busuk dah aku ni. Sekali ingatkan orang tu ambik gambar aku, rupanya dia saje main2kan aku. Kad matrix aku dah siap rupanya guna gambar sem 1 dulu. Punya la malu aku kat situ.

Member2 aku dah terbahak2 gelakkan aku. Kuang ajo kau ae. Tak pe, hari ni hari aku. Esok lusa aku pulak gelak guling2.

Perghhh, muka sem 1 punya kad matrix. Gila klakar. Dah la gambar jaundice. Haishh!!


P/S: Melayang duit aku RM30. Dah la purse aku ala2 padang pasir. Kering kontang!!

Thursday 14 March 2013

Kahwin. *Congrats*

Dengar cerita tak lama lagi orang tu nak kahwin. Betul ke?
Wahhh, congrats bro. Makan nasi minyak la aku tak lama lagi. Yeayyy!! Excited pulak aku kau nak kahwin ni. So lepas ni aku tak kan dengar lagi la kan masalah kau tak boleh nak focus study sebab fikir pasal kahwin.

Jahatnya aku.

Betul what?! Tak boleh study nak kaitkan masalah dgn kahwin. Kaitan ke? Motif sangat.

Mungkin aku tak faham apa perasaan dia and apa masalah dia sebab aku tak excited pun nak kahwin. Tipu la kalau aku cakap aku tak excited langsung, tapi bila teringat perkara yg pernah jadi kat aku dulu aku rasa nak cancel kan semuanya. (Haishh, mama aku baca blog aku ni mati aku kena ganyang cukup2.)

Bukan macam tu mama, achik cuma sedikit takut dengan perkataan "KAHWiN" tu sendiri. Trauma kot. Mama sendiri pun tahukan sebab apa.

Nak tak nak aku dah termakan pun pujukan mama. Nak tak nak aku dah pun terima. Redha jela. Aku sentiasa berdoa supaya kejadian lama tak berlaku lagi. *sangat2 berharap*

Sana sini orang cakap pasal kahwin. Abang aku sendiri pun dah nak kahwin dah. Well, tahniah angah!! Hope majlis berjalan dgn lancar. Weeee, tak lama dah ni!!

Masalah, masalah masalah!

Assalamualaikum.

Lama sudah aku tak melawat blog sendiri. Welcome home sakinah!!

Well, susah jadi VViP ni. Kesana kemari org sentiasa panggil. Hahaha *gelak setan*

Bukannya apa, final exam 2 minggu lagi. So, tak ada masa la aku nak hadap blog aku ni tiap2 hari (tak study pun sebenarnye :P). Gila kau 2minggu lagi nak exam. Walaupun sem ni aku 1paper je, tapi nak mati jugak aku nak study 1paper ni. Mama tolong!!!

"Semakin dekat exam, semakin byk masalah yang timbul." 

Hypothesis tuuu. Tapi memang betul pun. Macam2 masalah yg timbul bila exam dah dekat ni. Masalah kad matrix hilang, masalah nak study sebab malas, masalah duit, masalah cinta, masalah nak tidur.

Wait! What?? Masalah cinta??

"Wow, kinah ada masalah cinta wei."

Memang pun. Aku ada masalah untuk cintakan buku. Tak habis2 hidup nak enjoy tak study benda. Wahai Sakinah, sedarlah diri kau tu dah final year. Lagi 2minggu pulak tu nak exam. Study la woi!!

Okey, 30minit!! Aku nak study blog dulu. Hehehe

Tuesday 19 February 2013

Before and after Make up


LOL!!! XD



Setelah sekian lama tak hupdate

Assalamualaikum.

Perghhhh, berkurunkan aku tak update blog.

Bersawang dah ni. 

Fuhh fuhh fuuuhhhhh *tiup habuk*

Bukan tak nak update. Aku ni online guna internet UiTM. Sebelum ni boleh je online. Sejak dua tiga empat lima  menjak ni tak boleh pulak dah. Tak habis2 dengan access denied. Stress aku.

Dah kerja hupdate menghupdate blog aku ni tergendala.

Kalau aku kat rumah lancar jela nak update blog pun. Pakai berukben, apa susah. Ni kat kolej, nak hupdate gone?!!

Aku ni byk cerita baru nak share tapi tak cukup jari pulak nak menaip. Tunggu la ye jari aku tumbuh byk sikit. Boleh laa hupdate dengan lajunya.

Tunggu la malam sikit aku hupdate. Dah maghrib ni.

P/S: Blog blog jugak, solat jangan tinggal. *muhasabah diri*

Wednesday 16 January 2013

Dobi Cinderella? Me??

Assalamualaikum.

Agak hilang kesabaran aku apabila hampir setiap hari ada orang call aku. Kalau BF call ke tahan la lagi, ni yg call tiap2 hari orang yang tak kenal. Dah tak kenal tu 1 hal. Ni dia tanya pulak aku ni 'Kedai Dobi Cinderella' ke apa. Erkk?? Bila masa aku bukak kedai dobi??


Dah aku cakap bukan tu bukan la. Ni ada pulak cakap aku tipu sebab nak lari dari pelanggan, tu yg buat aku hilang naluri kewanitaan tu. Waahhh, naluri kewanitaan gituuuu. Kau hado? haha

Ni semua jadi lepas enset aku scuba dalam jamban la ni. Terpaksa aku tukar nombor baru a.k.a. nombor lama pejabat kedai dobi cinderella ni. (Nak tau kisah enset aku? Sila klik C501 dalam sejarah)

Kalau sekali orang tersalah call tanya dobi cinderella tu tahan la lagi. Ni dah lebih 20orang call tanya benda yang sama, fed up jugak aku. Pepagi buta orang call, aku tgh kelas orang call, malam2 aku tgh tidur pun orang call jugak. Haiii, 'dobi cinderella' kau tu bukak 24 hours ke ape? Kalau aku betul2 bukak kedai dobi pun aku fed up dgn kau yg call 24 hours je kejenye.

Patut la bos kedai dobi tu tukar nombor. Mesti sebab tak tahan kau asyik call je. Aku je pulak yg malang kebetulan beli no. lama dobi tu. Hadap la aku tiap2 hari orang tanya soalan sama.

HELLO PELANGGAN SETIA DOBI CINDERELLA, 019241****  TU BUKAN PEMILIK KEDAI DOBI CINDERELLA LAGI DAH. TU NO. AKU LAAA. STOP CALLING AND ASKING ME THE SAME THING. I'M NOT BOSS OR STAFF FOR WHAT EVER KEDAI YG KORANG MAKSUDKAN TU.

Pagi tadi sorang mamat ni call tanya pasal carpet dia dah siap ke belum. Aku dalam toilet pulak tu masa dia call. Aku pun ulang la ayat yg sama aku bukan bukak kedai dobi, aku cuma student yg rajin mendobi baju. Ada pulak aku di caci maki. Nak aje aku baling enset aku dalam lubang jamban and flush 3 4kali.

Puihhhh punya jantan!! Aku cakap elok jawab pun elok2 la. Mmg aku bg free no kau ni kat minah2 bangla sana. Layan la kau minah2 bangla ni pulak. Good luck jantan sengal!!! Semoga kau menemui pasangan ideal kau ye!!


C501 dalam sejarah

Assalamualaikum.

Serius aku rasa rindu gila dengan telefon tangan cap itik aku tu. Tak de ar itik mana, cuma kalau nak dibandingkan dengan phone zaman sekarang, enset tu menunggu giliran je jadi enset baling anjing.
sony ericsson c501

Enset ni mama and abah aku hadiahkan lepas aku dapat cemerlang SPM. Huh, aku sekolah menengah je aku antara pelajar cemerlang, masuk U aku la yang paling malas and ngokngek. Mama abah tau kemalasan aku kat U ni mmg teruk la aku kena marah. hahaha

Punya la aku sayang enset ni, aku langsung tak de hati nak tukar enset yg lebih canggih walaupun dah macam2 jenis yg lagi canggih keluar. Tapi enset ni dah tinggal sejarah. 

11 November 2012:
Aku baru balik dinner dengan kawan kawan aku. Balik dr dinner aku terus hantar baju ke dobi kat tingkat 1. Punya la perut aku memulas masa kat dobi tu, aku pun terus berlari tumpang toilet rumah member aku kat tingkat 1 tu jugak (R6103). Terlupa pulak aku masa tu aku tak tukar lagi seluar jeans aku. Dlm poket pulak ada enset, meng-order maut la gamaknye. Memang tengok jela enset aku tu jatuh dalam lubang jamban. Dah ar jamban cangkung. Kalau jamban duduk boleh lagi aku korek. 

Aku ni pulak dilahirkan dengan tangan kurang panjang. Lubang jamban la punya dalam. Berkilometer jauhnye habaq hang. Berserah jela aku. Enset tu aku tak kisah sangat lagi, tapi memory card tu yg buat aku terkilan. Byk kenangan aku dengan 'bapak kucing' hilang macam tu je.Sedih!!! (nangis guling2)

P/S: Hope roh arwah C501 bersemadi dengan aman dlm lubang jamban sana.


Mata juling+kabur

Assalamualaikum.

Waaahh, hari ni shopping sakan kau Mak Nah oi!! Habis duit aku RM50 untuk hari ni saje. Belum lagi esok lusa. Paraaahhhh!!!

Dah la every week aku keluar  tengok wayang+bowling. Amboi Mak Nah, kau tu anak Tan Sri ke nak perabihkan duit je kejenya?? Ke bini Dato' kau ni?? Kau tu student lagi la Senah oi!! Mengharap duit PTPTN pulak tu. Cuba la berjimat cermat sikit.

Aku baru je beli jam baru 3hari lepas. Tak sampai seminggu pun aku pakai, dah sangkut pulak dengan ice watch. Tak ke membazir ke namanya tu?
OMG!! Nice one!!


Dah dapat jam, beg baru pun tersangkut la. Yipppyyyy, new bag!!!! (tengok duit dlm bank terus rasa menyesal beli tadi, hmmmm =..=)

Enough okey!! Sengkek dah aku sekarang. Kene kembali duduk tepi jalan bawak tempurung kelapa sambil berzapin. Dapat seribu dua jadi ar. Menambahkan pendapatan la bak kata aku.

P/S: Sesiapa yg rasa serabut tgk duit bersepah2 kat stor duit tu, apa lagi, hulur la 2 3ribu kat aku. Korang pun dapat pahala free. Ye dakk??

Monday 7 January 2013

Sejarah Bandar Muadzam Shah.

Assalamualaikum.

Rindu dengan kampung halaman aku.


Aku ingat lagi masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku diberi assignment untuk mengkaji Sejarah dan latar belakang Bandar Muadzam Shah. Masa tu aku hingusan lagi, so aku pandang remeh je dengan semua tu. Tapi sekarang bila aku dah besar aku nak cari balik semua tu dan ni la hasilnya.

Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah

  • dirasmikan pada 12 November 1977 oleh Sultan Pahang ke5 iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah. 
  • 1973: kajian oleh perunding dari Foundation of Canada Engineering (Fenco) untuk mewujudkan kawasan wilayah Pahang Tenggara dan menjadi antara 36 buah bandar yang terpilih untuk dibangunkan. 
  • 1979: Diiktiraf sebagai sebuah bandar yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah genap 25tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 
  • Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri seperti terciptanya Putrajaya. 
  • Dahulu, Bandar Muadzam Shah diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Pekan dan kini diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin.
  • Munurut status perkembangan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Rompin kerana wujudnya Hospital Besar Muadzam Shah berbanding Rompin. 


  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki kesemua kemudahan awam termasuk mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah sekolah malah memiliki universiti bertaraf antarabangsa.
  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki wilayah pentadbiran yang besar seperti Keratong, Bukit Ibam dan sekitarnya.
  • Kemajuannya terus disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton dan akhirnya telah dibina di Pekan, Pahang. 
  • Pembinaan sebuah UiTM di bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan dan akhirnya tapak projek UiTM Muadzam Shah digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah dan kini telah siap sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah di wujudkan untuk bumiputera dan disebabkan itu juga UiTM ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Peta Muadzam Shah. Desa Teratai tu la kampung aku
P/S: Muadzam Shah is the legend town ever. Muahahaha 

Aku terkena minyak dagu??

Assalamualaikum.

Tajuk nak gempak, hahaha.

Hari Selasa hari yang bagus sebab tak ada kelas. Punya la syiokk merancang hari ni nak tengok movie Minyak Dagu sampai aku mimpi minyak dagu malam tadi. Bangun tidur je badan aku berpeluh peluh dengan hidung kembang kempis, kembang kempis. Semua gara gara hantu minyak dagu kejar aku dalam mimpi.


Kebongokan melanda bila rancangan semua cancel gara gara bangun lewat.

 "Apa ni anak dara bangun lewat?! Tolak rezeki tau bangun lewat!!"

Diam arhh. Dah bangun dah subuh tadi tapi tidur balik. Tu yang terlajak tu. 

Hawa la ni, aku dah nak tidur dah pukul 12 malam tadi. Dia sibuk nak nyanyikan aku lagu favourite dia sambil tepuk punggung aku. Tahu la aku ni kecik comel je, but aku bukan baby la senget!! Terus tak jadi aku nak tidur lepas dia tepuk aku tidur =..=

P/S: Hawa memang senget!!! Selalu buat aku tidur lewat dengar dia mengilai. Ngek tol kau ni!!

Sunday 6 January 2013

Condom Fashion Show

Assalamualaikum.

Pelik pelik jela dunia ni. Ada pulak "Condom Fashion Show" di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Mungkin fashion show ni ada matlamat dia yang tersendiri tapi aku rasa tetap tak patut.

Macam mana kalau satu family pergi shopping kat sana and anak dia tanya macam macam?? Tak ke pelangi muka si bapak and mak dia nak jawab tu. Haaa, jawab jangan tak jawab!!

Fashion show ni telah dianjurkan sendiri oleh pengeluar condom tu sendiri (Playsafe). Tujuan anjuran ni pulak adalah untuk Kempen Kesedaran HIV/AIDS di kalangan rakyat jelata. Wah, rakyat jelata gitu~



Sumber Bernama: Budak Botak

P/S: Siapa sudi pakai baju tu sila tunjukkan bulu kaki anda. Amboi cik abg, tunjuk terus bulu kaki. Nak pakai ke baju tu?

Saturday 5 January 2013

Kawan aku tuuuu. Kau hado??

Assalamualaikum.

Aku sensorang je kat Puncak Alam ni. Rindu seyh kat geng aku dulu tu.

"Weyyhhh, korang tak rindu aku ke?" tanya sambil pisau kat leher diorang. Jawab cepat, jawab!!

"Rindu, rindu , rindu" depa jawab.

Terharunya~~ hahaha. Choi la choi!!

masa malam pragraduan

P/S: Semoga berjaya semua. Love u all!!

Malaun dimalam hari

Assalamualaikum

Morning ning ning ning nong~

Awal jugak aku bangun hari ni. Mana tak awalnya, MALAUN sebelah aku ni buat filem aksi pulak. Habis teruk aku kena sepak, siku, tumbuk. Haishhhhh, ganas gila kau tidur!!

Semalam aku bangun tidur dengan pinggang sakit. Aku syak si malaun sebelah aku ni dah sepak pinggang aku kaw kaw punya la. Ni mesti dia mimpi dia tengah berlakon dengan Jakie Chan gamoknye la. Haaa, azabnya la aku tidur sebelah kau ni.

Pagi tadi aku sedar sedar dari tidur je, siku si malaun ni kat batang hidung aku. ADEHHHH!! Senget dah hidung aku.

P/S: Siapa yg bakal jadi laki si malaun ni harap ready la ye dgn karate-nya

Friday 4 January 2013

Marah ke tu Cik Kak??

Assalamualaikum.

Pernah tak korang marahkan orang lain sampai rasa nak tukul je kasut tumit tinggi korang yg 10 inci tu kat batang hidung orang tu??

Mesti la pernahkan. Kita ni manusia biasa je. Marah tu perkara biasa la tapi marah yang tak di kawal tu dah jadi luar biasa. Biar la hidung kau tu kembang kempis macam mana pun nak tahan marah, asalkan kau tak mengamuk depan orang ramai.

Malu seyhhh!!!

Pernah ada satu kejadian kat KL Sentral masa tu aku aku on the way nak balik kampung. Tengah tengah excited ni nak balik tiba tiba aku ternampak sepasang merpati yang tak berapa nak sejoli ni menjerit macam orang gila.

Mujo la aku pakai enset baling anjing je, kalau tak confirm aku rakam aksi diorang tu.

Aku ni bukan jenis orang nak busy body nak ambik tau hal diorang ni. Aku blah jela terus. Kampung aku lagi penting laaaa. Tapi aku ada dengar jugak la diorang sebut pasal curang curang ni. Hahahaha, tak busy body pun kena pasang telinga jugak.

Kalau ye pun nak gaduh tak payah la nak terjerit jerit depan orang ramai. Malu ke orang jela. Ye dak?? Kau marah jerit jerit pun orang tu bukan pekak pun. Baik kau tumbuk je muka dia, puas pun puas. Kau masuk penjara tu kau punya hal la.

tumbuk jangan tak tumbuk

P/S: Nak tumbuk muka orang tu jangan lupa baca bismillah.

Assalamualaikum.

Puncak Alam hujan la. Alhamdulillah. Apa lagi, tadah tangan baca doa la.



P/S: Memberi nasihat lebih baik daripada mengumpat.