Sunday 19 February 2012

Alcohol Swab

Assalamualaikum

korang semua tahu tak apa itu alcohol swab??
bagi mereka yang biasa dengan barang-barang yang ada kat hospital,
mestilah tahu apa benda tu kan??

zaman dulu tak ada pun yang dah siap paket ni..
kene buat sendiri la, larutkan dekat cotton ball..
tapi sekarang senang...
koyakkan then guna...

haa, ni la dia alcohol swab..

Korang semua tahu tak alcohol swab ni banyak sangat function dia..
kata orang 1001 kegunaan la...

bukan setakat untuk bersihkan kulit sebelum injection,
malah boleh gunakan selain daripada itu...

contohnya,
1. kasut anda kotor setahun tak basuh??
hanya dengan satu swab sahaja, kekotoran pada kasut anda akan hilang...
tidak perlu sental pakai sabun....

2.  meja belajar anda dipenuhi contengan??
hanya dengan alcohol swab, meja anda akan bersih tanpa kesan contengan walau sedikit pun...

3. baju anda terkena contengan pen dan sukar hilang walau disental dengan sabun??
hanya dengan gosokkan alcohol swab pada contengan pen tersebut, maka kotoran akan hilang..

4. anda pakai pengilat kuku tetapi ingin menghapuskan pengilat kuku pada kuku anda??
sapu alcohol swab pada kuku anda maka kesan pengilat kuku akan hilang..

5. terdapat minyak hitam pada lantai rumah anda dan sukar untuk dibersihkan??
gunakan alcohol swab dan saya jamin, kesannya akan hilang...

SELAMAT MENCUBA!!!

S E K I A N   ^_^

No comments:

Post a Comment