Sunday 30 December 2012

Resipi baru Cik Sakinah: Tomato Asam Bilis

Assalamualaikum

Hai semua. Korang semua suka tak makan tomato? Haaa, bagi penggemar tomato, aku nak ajar korang satu recipe baru. Senang je. 

BAHAN
7 biji buah tomato
2 biji bawang besar
3 biji limau nipis
segenggam ikan bilis
cili (ikut la selera korang nak byk mana)
garam dan gula (secukup rasa)


CARANYA
1. Tumbuk ikan bilis, cili dan campurkan sekali garam dan gula secukup rasa. Senang cerita tumbuk jela semua tu.

2. Potong tomato mengikut saiz yg korang nak. Kalau tak potong pun ikot sukati korang la. Cincang bawang besar tadi tu jangan lupa pulak ye.

3. Campurkan sekali bahan2 yang telah ditumbuk dan di potong tadi. Macam gambar kat atas ni la.


4. Potong limau nipis dan perahkan limau nipis ke dalam bahan tadi. Nyum3. Kecur dah aku rasa. Eh, korang perah limau ni jangan sampai termasuk pulak biji limau nipis ni. Nanti tak pasal pasal pokok limau tumbuh dalam perut korang. *siapa percaya dia memang bongok la*

5. Siap!! Haaa, apa tunggu lagi. Makan la.

P/S: Resepi kegemaran aku dan mama. Selamat mencuba.

Perkembangan telepon tangan

Assalamualaikum. 

Ce korang tengok gambar kat bawah ni. Korang ada perasan sesuatu tak? 

Ada ke tak? Tak perasan?

Hmm, tak ada la wei. Korang perasan tak zaman dulu dulu masa mulanya wujud handphone ni. Ingat tak design-nya macam mana?

macam ni kan

Punya la besar phone zaman dulu. Besar dah satu hal, berat pulak satu hal lagi tu. Bawak satu phone pun dah macam angkat batu bata 50tan. Kalau baling kat dinosaur pun dia melutut merayu jgn baling tau tak. Hebat tak hebat orang zaman dulu. 

Lepas tu makin lama phone makin kecik n lebih kecik dari tapak tangan pun aku pernah jumpa. Super awesome la aku cakap. Mana tak awesome-nye, button phone pun besar taik hidung semut. Cano nak tekan pun aku tak tau. haha

Zaman berkembang lagi maju. Handphone makin lama makin leper. Dah macam kena lenyek dengan lori tayar 18 dah sekarang ni. Dah kalau kena lenyek tu takkan la mengecik ye dak? MENDULANG kau!! Semput makcik pakcik nak pakai. 

Biar berkembang macam mana pun zaman, aku tetap setia dengan handphone baling anjing aku ni. Anjing lalu je, baling phone kat anjing, kutip, buang sikit habuk, and sambung mesej BF. Kau ada?

P/S: Dah baling phone kat anjing tu jangan lupa samak balik yee

Thursday 27 December 2012

Sehidup semati dengan toilet

Assalamualaikum.

Pagi di Pahang yang nyaman hari ni. Tapi gua pulak yg tak berapa nak aman. Pergghhhh, gua bangun tidur disambut baik oleh diarrhoea dowww. Genap 6kali aku keluar masuk toilet. Parahhh~
mana toilet nih??!!

Aku makan apa semalam sampai diarrhoea tak ingat dunia ni? Setahu aku sebelum aku tidur semalam aku makan tomato je. Tapi diarrhoea aku ni dah macam taufan dalam perut aku. Berebut rebut nak keluar.

Haaa, tengok tu, tengok. Dia datang dah!! Dia datang!!

TOILETTTTT!!!

P/S: senonoh pulak aku kan pepagi cerita pasal diarrhoea . Ah, lantak.

Thursday 20 December 2012

Resipi baru : Bubur Nasi Megi Kari

Assalamualaikum.

Perghh excited pulak aku esok nak balik Pahang. Cuti mid sem la katakan. Apa lagi, balik Pahang moh. Muahahahaha *terlebih excited*

Tengah-tengah malam ni pulak tiba-tiba perut berbunyi. Then, terhasil la

Bubur nasi megi kari

"Haa? Apa tu? Macam mana cara buatnya?"

Haaa moh sini ramai-ramai berkumpul. Chef Sakinah nak ajar sikit caranya.

Bahan-bahan
beras cap durian setengah cawan
megi perisa kari 2 paket (dihancurkan)
air masak 4 cawan (kalau boleh pakai cebok tandas *lebih afdal)
*jumlah hidangan: 4orang makan*

Cara 
1. basuh beras sehingga diyakini bersih dan suci lagi murni
2. masak beras sehingga separuh masak.
3. masukkan megi yang telah di hancurkan ke dalam bubur separuh masak. Masukkan sekali perencah kari megi cap ayam korang tu.
4. kacau sehingga megi korang tu masak.
5. hidangkan.
6. mencekik la wei apa lagi di tunggu tu. Muahaha

Bubur nasi megi kari ni pemes habaq hang. Sampaikan lecturer kami pun tak habis-habis sebut pasal resipi kami ni. Resipi student la katakan, memang la pemes.

Selamat Mencuba ^____^

Gift

Assalamualaikum.

Hei kau. Aku ada belikan kau something tau. Not really special but i bought it for you to remember me always. Haha kelakar je. Tapi sorry sebab aku tak bagi pun kat kau benda alah ni.

"Kenapa?"

Sebab aku tak tau la whether you like it or not. Better aku simpan kot barang ni.
Ni la hadiah untuk kau. Aku simpan jela ae

Okey babai. Nite beb~

Wednesday 12 December 2012

Ikut suka hati aku la nak taip apa.

Assalamualaikum blogger2 sekalian.

Kabare? Warasss~ Haha, cucu jawa totok la katakan. Kena la cakap jawa.

"Ceyhh, puihhh la kau 'si penaip'. Cucu jawa konon. Atok kau je jawa, kau nak cakap jawa sepatah haremm pun kau tak reti."

Eh, suka hati aku la nak cakap apa. Ni blog aku. Tak nak layan aku berceloteh g main jauh2. Sikit pun tak heran la. *emo pulak tiba2*

By the way, aku kebosanan duduk kat puncak alam ni. No family, no friends, no boyfriend. Eh. hehe.

Hey betul apa. I'm already 20 y.o. okey. Tahun depan dah 21 tau. Mama aku cakap aku dah sepatutnya ada teman sehidup semati. Cewaahhh, ayat nak bom kebabooommm.

"Ada je sebenarnya kawan. Kau tu je yang suka duduk bawah tempurung sendiri 'si penaip' oi"

Hey kau!! Ye kau!! Boleh diam tak?! Aku tengah nak bercerita ni. HUH!

Nak cakap pasal jodoh? Ada je sebenarnya. Cuma aku ni agak berhati-hati sekarang.

Mama aku dah tetapkan itu dan ini. Bila aku kena tunang, bila aku kena kahwin, siapa jodoh aku. Tapi aku? Buat2 tak nampak n tak dengar je. Aku bukannya apa, aku cuma nak si dia tu yang cakap sendiri dengan aku kalau dia betul2 serius dengan aku. Kalau tak serius buat aku aku nak membazir masa aku je tunggu kau. Kan kan kan?

Huh, dah macam kisah novel pulak cerita aku ni. Kuikuikui~ *berkeladak bunyinya*

gambar ni tak de kena mengena pun. Saje nak letak sebab comel baby ni. =P

K la beb. Gua cau cin cau dulu. Babai XD

Sunday 25 November 2012

Publisiti Murahan Lyana Evan *Opsss

Assalamualaikum.

Dah nak masuk sebulan lebihkan aku tak update blog. Bukan aku tak nak update tapi mood nak update tu kurang sikit la. Hari ni aku nak cerita sikit pasal twitter yang tengah HOT dengan salah seorang minah cun rupa tapi attitude ke laut.

Aku bukan la baik sangat pun. Kadang2 aku ni pun ada jugak bergaduh dgn mama n abah aku. Tapi kita ni sebagai anak jangan la marah ayah tu sampai memBABIkan ayah sendiri. Seburuk2 mana pun ayah kita dia tetap ayah kita. Dia tetap yang berusaha menjaga n membesarkan kita.

Nak kata dia mencari publisiti murahan? MUNGKIN. Tapi tak ada cara lain ke nak cari publisiti. Wei malu la wei orang malaysia tak ada attitude macam kau ni. Aku malu ada rakyat malaysia macam kau ni. Kang buang negara kang kata kejam sangat. Dah mulut kau tu. Memang layak la kan kau duduk planet sana.

Ayah kau tak bagi kau keluar rumah? Tak apa la, ada sebab lain la dia tak bagi tu. Lain kali kan boleh keluar. Jangan la sampai mendoakan yang tak baik pulak kat ayah kau tu.

Dear Lyana Evan.
Dari pagi tadi tweet kau tak habis2 dengan perkataan babi. Please stop it. You know why? Babi kat hutan tu penat la tersedak je kau sebut2 nama dia. Dia tak gaduh dgn your daddy pun tapi dia pulak yang di sebut2. Dah la tu. Minta maaf la dgn ayah kau sebelum terlambat.


Aku bukan reka cerita nak menfitnah orang. Kalau tak percaya baca la tweet dia sendiri. @AinLyanaEvan

Apa yang kita mampu buat hanyalah berdoa supaya dia berubah. Tegur pun tak ada gunanya la. Pffffttt

Sunday 16 September 2012

Projek Baik Punya Cilok

Assalamualaikum.

Sempena malam 16 September ni, aku ada la buat projek baik punya. En Blog aku tanya, "Syg buat projek apa tu syg? U buat projek tak ajak I pon ye."

Eh eh eh, I bukan buat projek tak senonoh la. I ada projek buat kek la blog sayang. Apa la u ni. *dgn nada gedik2 miow* puihh puihhh!

Dari petang tadi aku g merantau 1 pasaraya cari bahan cupcake. Aku buat kek tak la power mana, tapi Alhamdulillah ada jugak orang order cupcake aku ni. *muka bangga-bangga bangla, eh eh*

Yang aku terkejutnya Ucu aku suruh aku buat cupcake untuk hantaran masa abang aku tunang hujung bulan 10 ni. Haaa?? Konfem tak tidur malam aku buat cupcake memanjang. OMAIGAADDDD!! Tak pelah, demi abang aku, aku buat jugaklah. Apa-apa pun, tahniah angah!! *tumbuh tanduk, ada niat nak buli bakal tunang angah aku ni* hehe

walaupun tak cantik tapi sedap tau,konfem u olls makan sampai meletop perut

Sunday 9 September 2012

Hotel pertama di dunia diperbuat daripada AIS

Assalamualaikum.

Ni lagi satu cerita, korang semua pernah tengok tak hotel yang diperbuat daripada ais? Bukan setakat bangunan je tau daripada ais, tapi setiap perabot yang ada kat dalam hotel tu seperti katil, almari, dan tab mandi pun diperbuat daripada ais?

Icehotel ni terletak di Jukkasjärvi, kira-kira 11km dari Kiruna, di utara Sweden. Hotel ni dah lama dah buka, pada tahun 1990 dan telah didirikan setiap tahun dari bulan Disember hingga bulan April. Suhunya pula -5 ° C. Mak aihhh, sejuknya~

ni la dia Icehotel tu.
ballrooom pun daripada ais
meja, pinggan pun daripada ais
katil pun? OMG!!

Pelikkan? Berminat? Jom melancong ke sana!!

P/S: Kepada sesiapa yang ngompol (kencing malam) tu di syorkan supaya jangan pergi. Aku tak boleh bayangkan urine korang tu jadi beku. Dengan korang2 melekat kat katil tu. hahaha

Motor dari Bahan Najis

Assalamualaikum.

Korang semua pernah dengar tak 'Japanese poops powered motorbike'??

haaa ni la dia. Pelik kan?

Motor ni bukan saje-saje dia buat design macam ni. Korang tau tak, motor ni menggunakan najis sebagai bahan bakar tau. So, korang tak payah la membazir duit beli petrol. Korang just duduk dan membuang apa yang patut. Senangkan?

Ada sesiapa berminat?? haha

P/S: Kalau tiba2 kehabisan bahan bakar, merayu la kau mintak najis org lain. Erkkk!

Is that monster?

Aku tak nak cakap apa-apa. Just  wanna share this picture. LOL

What she trying to do???

Wednesday 29 August 2012

Dating Fails: Pregnancy and Women


Sumpah kelakar. Kalau ada magazine yg buat macam ni aku rasa tak lama je tu. Cukup seminggu kilang kene bakar. LOL. haha 

Knock Knock Fail. LOL!


Weak army or useless hammer?? LOL. hahahaha

The Best Way to Separating Egg Yolks



Genius right??  Yeahhh, should try this!!

Me?? Yeaahhh, like this!

It's happen to me right now. Selepas kepenatan baru balik kerja. 


Need to wake up but 5 minutes more, and more, and more, and more and more 

TRUE story



Tuesday 28 August 2012

Raya Sakan (Keratong)

Assalamualaikum.

Tanggal 23 Ogos 2012 aku teruja sangat-sangat. Kenapa?? Haaaa, aku dapat beraya rumah ex-classmates aku masa sekolah menengah dulu. Punyalah rancak berborak, sampai 4 buat rumah je kitorang dapat beraya. Bila dah masing-masing berjumpa, banyak la ceritanya kan. Tak cukup dengan makan ketupat, dgn kitorang sekali buat ketupat. Haha.

muka teruja aku versi kartun.


Keterujaan aku makin bertambah bila budak2 sekolah aku yg duduk rompin dulu datang rumah aku. Dari rompin tu, bukannya dekat. Gua tabikk springggg kaw2 la kat korang. Lepas diorang raya rumah aku, apa lagi aku drive la follow diorang pergi Keratong pulak. Macam biasa la aku, korang macam tak kenal kan? Pantang nampak makanan, aku makan je semua,

Member aku ni pulak (Aisyah) buat open house. Sambil bercerita tu tangan laju je menyuap. Bukannya apa, aku takut makanan habis dulu je sebelum aku habis bercerita.

Kepada yg tak kenal aku mesti korang ingat aku ni seorang yg pendiam kan? Aku ni jenis susah sikit nak ramah dengan orang yang baru kenal. Kalau dah lama kenal baru lah aku ni mulut murai sikit. Bercakap tak berhenti (biasa la, ikot genetik mama aku la katakan).

Family aku ni tak tau ni aku pergi raya rumah kawan aku sampai keratong. Harap abg aku tak baca la blog aku ni. Hehe. Ala, along n angah, achik dah balik dah pun dari beraya. Selamat je ni adik, tak ada apa la, jangan risau. Pandai la achik jaga diri. hehe. Tapi kalau along dgn angah dah terbaca, jgn bagitau mama n abah ye, hehe.

Ex-classmates aku. Muka masing2 dah macam ada anak 10 org (kecuali aku la) hehe

S E K I A N   ^__________^

Thursday 23 August 2012

Keletihan Melanda

Aku ingat nak update blog tadi. Tiba-tiba letih la pulak seharian jalan beraya.. Dah tersenggung-senggung dah ni menaip. Esok-esok jelah aku update. 

Esok aku nak beraya lagi ni. Siap senaraikan lagi rumah siapa pulak nak pergi esok. 
Okeh, perlu tidur awal!!

Selamat Malam BLOG, TWITTER dan FB. Esok kita jumpa lagi.


Monday 20 August 2012

HaHa and Jong Kook dance together (Running Man)

Assalamualaikum.

Pergghh, penat. Aku baru je sampai dari kampung ni.

"Kampung Cik Sakinah kat mana??" blog aku bertanya.

Kampung aku kat mersing je. Tahun ni aku raya kat mersing. Meriah kau tau tak? Mana taknya, semua dah berkumpul kat sana. Dengan kucing aku sekali angkut ke sana. HAMBIK KAU!!

Tapi post kali ni aku malas nak cerita apa yang aku buat kat sana selama 3 hari 2 malam. Aku cuma nak kongsi kat korang semua pasal video ni.


Korang pernah tgk Running Man tak? Tak pernah??

Haaa, ni aku nak cerita sikit. Running Man ni sebuah variety show la katakan. Terdiri daripada perlakon korea tu sendiri. Aku malas nak cerita dengan lebih terperinci. Nak tau lagi boleh search sendiri.

ni antara artist yg terlibat

Aku bukannya apa, aku suka gila tengok si Jong Kook dgn HaHa ni menari. Aku pon search la kat YouTube. JUMPA beb!!

Comel seyhh diorang menari. 

Saksikanlah~

Bestkan kan kan?? Tak best?? Okeh, g main jauh-jauh. Tak nak kawan kau 2 saat. :P

S E K I A N    @____@

True story 1

Assalamualaikum.

Aku rasa semua orang pernah mengalami kejadian macam ni. Antara korang jadi orang yg siap homework or yg tak siap. Aku konfem la selalu siap keje aku kan? haha

Sunday 19 August 2012

True Story

Assalamualaikum.

When someone suruh korang panggil mak korang or sapa-sapa jelah.


Hahahaha, pernah buatkan macam ni?

Jangan nak tipu cakap tak. Tipu dosa tau :P

lalalala~


Friday 17 August 2012

Khas untuk kau yg tengah marahkan aku.

POST NI KHAS BUAT MR. MIOW (nama samaran semata-mata)

Aku nak mintak maaf dengan kau sebab dah buat kau marah kat aku. Aku tau selama ni aku selalu marah-marah kau, selalu tengking-tengking kau. Tapi tu tak bermakna aku benci kau. You're my best friend for ever. Kau selalu tolong aku bila aku susah, selalu buat aku ketawa dan menangis, kau selalu support aku bila aku ada masalah, belikan aku baju raya dan macam2 lagi. Aku appreciate semua yang kau buat kat aku tu.

Tapi aku masih selalu marah-marah kau walaupun kau cuma diam bila aku marah. Kau selalu mintak maaf walaupun tu kesalahan aku. Kau yang pujuk aku supaya aku teruskan belajar walaupun aku dah nekad tak nak belajar lagi.

Aku tau kau pernah buat salah kat aku dulu. Tapi aku tak pernah ungkit balik sebab aku seronok kawan dengan kau. Sekarang kau dah menghilangkan diri. Kau dah tak nak jadi kawan aku sampai bila-bila. SEDIH SANGAT. Aku mintak maaf wei. Aku perlukan kau.

Siapa nak support aku kalau aku jatuh? Siapa nak buat aku ketawa lagi lepas ni? Aku nak gaduh dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau. Kau ingat tak dah berapa lama dah kita berkawan?

Di kesempatan ni, aku nak mintak maaf sangat dengan kau atas segala kesalahan yang aku buat ni. Jangan la marah aku, aku mintak maaf. Kan dah nak raya ni. Esok pulak tu rayanya. Kita kawan balik ye?? (dengan harapan kau baca luahan hati aku ni.)

SELAMAT HARI RAYA WEI!!


gambar hiasan. hehe

Diary

Assalamualaikum.

Di pagi hari terakhir Ramadhan tahun ni aku terasa hmmmmmm, aku rasa apa ye?? Aku rasa sedih kot. I'm not really sure my feeling. Aku rasa excited nak balik kampung jap lagi tapi aku tau akan ada banyak soalan dari saudara mara aku pasal majlis aku yg tak jadi.

Tension sangat rasa. Semalam lepas abah ambik aku kat Bahau, abah perli aku pasal tu. Walaupun dalam nada gurauan tapi aku sangat terasa.

Air mata meleleh je dalam kereta semalam. I can't control my self.

Before kami balik rumah semalam, kami singgah rumah Paklang. Lagi sekali buat aku pressure. Guess what?!!

Maklang aku tanya kenapa, kenapa dan kenapa. At that time, I only can smile and ask Maklang that I want to finish my study first. She didn't know what happen and I don't want everybody know what happen to me and him.

Lepas aku dalam kereta masa OTW balik rumah, laju je air mata aku mengalir.

Macam mana aku nak menghadapi soalan-soalan seterusnya kat kampung nanti????

"Ya ALLAH, kuatkan dan tabahkanlah hati aku untuk menerima semua dugaan ini  ya ALLAH. Sesungguhnya hamba mu ini sangat lemah."

Thursday 16 August 2012

Hambik kau nak sangat. (insert branula)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal branula atau nama lainnya cannula.

haa, ni contoh branula dan saiznya.


Branula ni macam korang tengok kat atas tu, semakin kecik no saiz branula, semakin besar jarumnya. Eh, dah macam hypothesis dah ni. hehe.

Bagi yang bersaiz kecik ni, memang tak sakit masa nak masukkan, tapi bila nak masukkan ubat akan terasa sakit di sebabkan preasure yg kuat. Yg bersaiz besar tu pulak sebaliknya. Masa masuk rasa macam nyawa dah sampai leher (tu melampau) tapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit.

Kenapa aku cerita pasal branula nih? HAAA, curious kan?

Nice Trick!!

Assalamualaikum.

Ni sebijik macam masa aku kecik-kecik dulu. Selalu kena buli dengan abang-abang aku. Bila aku dah besar sikit, aku kenakan adik aku pulak. 

HEHE, sorry adik!!


Professional Makeup Tips

Assalamualaikum.

Cara-cara untuk makeup sebijik macam artist.



Anda boleh memilih artist mana yang anda suka. SELAMAT MENCUBA!!

S E K I A N   ^_____^

Wednesday 15 August 2012

Kad raya vs Email

Assalamualaikum.

"Zaman dah berubah, dunia dah IT."

Betulkah??

BUKTINYA:


DULU:
1. Tiap-tiap tahun before raya dah kena kumpul duit banyak-banyak nak beli kad raya bagi kat kawan-kawan.

2. Postmen paling benci bila dah nak dekat raya. Terjongket motor ke belakang surat banyak sangat. Mana taknya, sebuah rumah sekurang-kurangnya 1 lori kad raya. Tu baru sebuah, kalau 100 buah rumah macam mana? Dapat bayangkan tak?? OMG!!

3. Kad raya lambat sampai. Kau hantar hari ni belum tentu sampai hari ni atau esok. Ntah-ntah raya tahun depan baru sampai. Sempat kad raya kau kena mamah anai-anai. 



SEKARANG:
1. Tak payah beli kad raya. Pilih je kad yang comel-comel, then send kat kawan-kawan korang. Jimatkan?

2. Postmen dah boleh goyang kaki tengok Running Man, tak payah susah dah lagi. 

3. Kau klik ke send kat member korang, dalam masa 2 saat je dah sampai. Tak sempat member korang memcebok basuh, dah sampai dah kad raya comel korang tu.

Nampak macam kad raya semakin dipinggirkan kan? Aku tak cakap pon cara kad raya salah. Apa-apa pon cara yang korang nak gunakan sebenarnya tak jadi masalah pon. Ikot la kepada kemampuan masing. Asalkan tak memjadikan korang papakerdana sudah la ye. 

S E K I A N   ^___^

KOI DOH TOK SABO DOH NOK BALIK GHAYE!!

Assalamualaikum.

Sekarang musim orang cakap pasal apa ye?? Haaa, mesti la pasal sambutan hari raya.


Selamat hari raya blogger sekalian. Dah alang-alang tu, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada abah, mama, along, angah, adik, opah, ucu, eh banyak cakap pulak. Kepada semua la senang. Kakak mintak maaf, zahir dan batin ye. Halalkan makan minum kakak.


Kepada kawan karib aku, Timah rumet, Wani lat, Aina ajie, Yana, Mek, Ina, Yam keladi dan tak lupa jugak pada Atiqah Samad. Selamat bercuti dan beraya di kampung wahai kawan-kawan. Balik Palam nanti bawak duit raya tau untuk aku. Tu paling penting. Jangan lupa!! hehe

Tahun ni aku raya kat Mersing, Johor. Tiap-tiap tahun asyik raya kuantan je, tahun ni raya Mersing pulak. YEAYYYY!! Exited semacam pulak aku ni. hehe

ISHHH, tiba perut aku memulas pulak. G toilet dulu, ngeh3~

S E K I A N     @_______@

Me, he and she.

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama aku menyepi, hari aku tiba-tiba rasa rindu dengan blog aku. Haaachuummmm. Bersawang dah blog aku nih.



Sorry blogku yang comel lagi lote, bukan niat aku nak meninggalkan kau, tapi selepas aku di timpa masalah yang sangat buat aku rasa nak gila, aku terus tak ada mood nak buka kau blog. So sorry. BTW, I miss you so much.

"Masalah?? Kau ada masalah apa wahai tuanku?" blog aku bertanya. 

Aku agak tertekan bila all the preparation dah siap, tiba-tiba si polan berubah fikiran. Aku tak pernah salahkan perempuan tu, tak pernah salahkan family dia or family aku. Tapi mungkin salah aku sebab layan mesej dia masa cuti sem lepas. Padahal sebelum ni dia mesej, aku nak tak nak je layan. Ntah macam mana masa cuti sem lepas aku balas pulak mesej dia.

Dan memang salah si polan. Kalau kau dah tau kau suka dia dari aku kenapa kau nak kita apa yg dirancangkan??

Hmm tak apa la, benda dah lepas dah pon. Aku dgn si polan mmg langsung tak pernah bertegur sapa walaupun kami tersempak. Tak pernah contact walaupun aku dgn family dia sangat rapat.

"Kau dengan perempuan tu macam mana pulak?" blog aku bertanya lagi.



Aku dengan dia ok je. Aku layan dia macam aku layan member-member aku. Aku cuba untuk memahami dia. Yela, kalau aku kat tempat dia, aku pon akan cuba protect hubungan kami walau apa pun cara. Aku paham sebab tu aku boleh terima dia but never untuk si polan.

Apa-apa pon, thanks si polan sebab pernah happykan aku walaupon sekejap. Kepada si perempuan pulak, thanks sbb dah kembalikan semangat aku balik and thanks sebab kau nak jadi kawan aku ni.

S E K I A N   ^_____^

Sunday 27 May 2012

Kesalahan Kecil Para Pendakwah

Assalamualaikum..

Aku hari ni nak share la sikit mengenai kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh para pendakwah. Actually video ni kawan aku yang dekat USIM punya. Sebabkan menarik dan kelakar, aku pon share la kat blog aku ni.

Selamat menonton.. ^_______^


S E K I A N    ^___^

Friday 25 May 2012

I don't know cute, funny or stupid dog.. LOL

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak update blog, hari ini aku nak update. Hope enjoy it. Hehe

Cute and funny dog. LOL. hahaha

S E K I A N    ^___^

Saturday 12 May 2012

12Mei dalam Sejarah

Assalamualaikum

Hari ni 12 Mei. Siapa tahu hari ni hari apa?? Haaa, cepat-cepat. Siapa dapat jawab aku bagi hadiah.

Teettt!!! Lambat..

Kepada orang-orang yang terlibat mesti la tahu kan hari apa. 12 Mei merupakan sambutan Hari Jururawat Sedunia. 

Ramai yang bertanya, "kenapa 12 Mei, kenapa bukan hari lain?"

Okeh ni ceq nak habaq. Sambutan hari jururawat sedunia di sambut pada 12 Mei bagi memperingati tarikh lahir salah seorang tokoh yang telah banyak memberi sumbangan dalam bidang kejururawatan. Nama beliau Florance Nightingale. Nak tahu sumbangan beliau?? Search la sendiri. Google kan ada. hehe

Florance Nightingale

Kepada kawan-kawan aku yang turut dalam bidang yang sama, Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia. Abaikan apa orang kata pasal kita, asalkan kita bekerja dengan ikhlas. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin~

Rakan seperjuangan, Semoga berjaya dunia akhirat.

S E K I A N   ^___^

Monday 7 May 2012

Alarm Clock

Assalamualaikum..


Sebijik macam kawan-kawan aku. Pasang punya la lagu rock, konon katanya senang bangun pagi. Tapi asyik snooze je. Kunci jam pukul 6, snooze-snooze-snooze-snooze, pukul 7.30 baru bangun.

hahaha...

S E K I A N   ^_^