Wednesday, 16 January 2013

C501 dalam sejarah

Assalamualaikum.

Serius aku rasa rindu gila dengan telefon tangan cap itik aku tu. Tak de ar itik mana, cuma kalau nak dibandingkan dengan phone zaman sekarang, enset tu menunggu giliran je jadi enset baling anjing.
sony ericsson c501

Enset ni mama and abah aku hadiahkan lepas aku dapat cemerlang SPM. Huh, aku sekolah menengah je aku antara pelajar cemerlang, masuk U aku la yang paling malas and ngokngek. Mama abah tau kemalasan aku kat U ni mmg teruk la aku kena marah. hahaha

Punya la aku sayang enset ni, aku langsung tak de hati nak tukar enset yg lebih canggih walaupun dah macam2 jenis yg lagi canggih keluar. Tapi enset ni dah tinggal sejarah. 

11 November 2012:
Aku baru balik dinner dengan kawan kawan aku. Balik dr dinner aku terus hantar baju ke dobi kat tingkat 1. Punya la perut aku memulas masa kat dobi tu, aku pun terus berlari tumpang toilet rumah member aku kat tingkat 1 tu jugak (R6103). Terlupa pulak aku masa tu aku tak tukar lagi seluar jeans aku. Dlm poket pulak ada enset, meng-order maut la gamaknye. Memang tengok jela enset aku tu jatuh dalam lubang jamban. Dah ar jamban cangkung. Kalau jamban duduk boleh lagi aku korek. 

Aku ni pulak dilahirkan dengan tangan kurang panjang. Lubang jamban la punya dalam. Berkilometer jauhnye habaq hang. Berserah jela aku. Enset tu aku tak kisah sangat lagi, tapi memory card tu yg buat aku terkilan. Byk kenangan aku dengan 'bapak kucing' hilang macam tu je.Sedih!!! (nangis guling2)

P/S: Hope roh arwah C501 bersemadi dengan aman dlm lubang jamban sana.


Mata juling+kabur

Assalamualaikum.

Waaahh, hari ni shopping sakan kau Mak Nah oi!! Habis duit aku RM50 untuk hari ni saje. Belum lagi esok lusa. Paraaahhhh!!!

Dah la every week aku keluar  tengok wayang+bowling. Amboi Mak Nah, kau tu anak Tan Sri ke nak perabihkan duit je kejenya?? Ke bini Dato' kau ni?? Kau tu student lagi la Senah oi!! Mengharap duit PTPTN pulak tu. Cuba la berjimat cermat sikit.

Aku baru je beli jam baru 3hari lepas. Tak sampai seminggu pun aku pakai, dah sangkut pulak dengan ice watch. Tak ke membazir ke namanya tu?
OMG!! Nice one!!


Dah dapat jam, beg baru pun tersangkut la. Yipppyyyy, new bag!!!! (tengok duit dlm bank terus rasa menyesal beli tadi, hmmmm =..=)

Enough okey!! Sengkek dah aku sekarang. Kene kembali duduk tepi jalan bawak tempurung kelapa sambil berzapin. Dapat seribu dua jadi ar. Menambahkan pendapatan la bak kata aku.

P/S: Sesiapa yg rasa serabut tgk duit bersepah2 kat stor duit tu, apa lagi, hulur la 2 3ribu kat aku. Korang pun dapat pahala free. Ye dakk??

Monday, 7 January 2013

Sejarah Bandar Muadzam Shah.

Assalamualaikum.

Rindu dengan kampung halaman aku.


Aku ingat lagi masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku diberi assignment untuk mengkaji Sejarah dan latar belakang Bandar Muadzam Shah. Masa tu aku hingusan lagi, so aku pandang remeh je dengan semua tu. Tapi sekarang bila aku dah besar aku nak cari balik semua tu dan ni la hasilnya.

Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah

  • dirasmikan pada 12 November 1977 oleh Sultan Pahang ke5 iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah. 
  • 1973: kajian oleh perunding dari Foundation of Canada Engineering (Fenco) untuk mewujudkan kawasan wilayah Pahang Tenggara dan menjadi antara 36 buah bandar yang terpilih untuk dibangunkan. 
  • 1979: Diiktiraf sebagai sebuah bandar yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah genap 25tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 
  • Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri seperti terciptanya Putrajaya. 
  • Dahulu, Bandar Muadzam Shah diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Pekan dan kini diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin.
  • Munurut status perkembangan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Rompin kerana wujudnya Hospital Besar Muadzam Shah berbanding Rompin. 


  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki kesemua kemudahan awam termasuk mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah sekolah malah memiliki universiti bertaraf antarabangsa.
  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki wilayah pentadbiran yang besar seperti Keratong, Bukit Ibam dan sekitarnya.
  • Kemajuannya terus disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton dan akhirnya telah dibina di Pekan, Pahang. 
  • Pembinaan sebuah UiTM di bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan dan akhirnya tapak projek UiTM Muadzam Shah digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah dan kini telah siap sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah di wujudkan untuk bumiputera dan disebabkan itu juga UiTM ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Peta Muadzam Shah. Desa Teratai tu la kampung aku
P/S: Muadzam Shah is the legend town ever. Muahahaha 

Aku terkena minyak dagu??

Assalamualaikum.

Tajuk nak gempak, hahaha.

Hari Selasa hari yang bagus sebab tak ada kelas. Punya la syiokk merancang hari ni nak tengok movie Minyak Dagu sampai aku mimpi minyak dagu malam tadi. Bangun tidur je badan aku berpeluh peluh dengan hidung kembang kempis, kembang kempis. Semua gara gara hantu minyak dagu kejar aku dalam mimpi.


Kebongokan melanda bila rancangan semua cancel gara gara bangun lewat.

 "Apa ni anak dara bangun lewat?! Tolak rezeki tau bangun lewat!!"

Diam arhh. Dah bangun dah subuh tadi tapi tidur balik. Tu yang terlajak tu. 

Hawa la ni, aku dah nak tidur dah pukul 12 malam tadi. Dia sibuk nak nyanyikan aku lagu favourite dia sambil tepuk punggung aku. Tahu la aku ni kecik comel je, but aku bukan baby la senget!! Terus tak jadi aku nak tidur lepas dia tepuk aku tidur =..=

P/S: Hawa memang senget!!! Selalu buat aku tidur lewat dengar dia mengilai. Ngek tol kau ni!!

Sunday, 6 January 2013

Condom Fashion Show

Assalamualaikum.

Pelik pelik jela dunia ni. Ada pulak "Condom Fashion Show" di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Mungkin fashion show ni ada matlamat dia yang tersendiri tapi aku rasa tetap tak patut.

Macam mana kalau satu family pergi shopping kat sana and anak dia tanya macam macam?? Tak ke pelangi muka si bapak and mak dia nak jawab tu. Haaa, jawab jangan tak jawab!!

Fashion show ni telah dianjurkan sendiri oleh pengeluar condom tu sendiri (Playsafe). Tujuan anjuran ni pulak adalah untuk Kempen Kesedaran HIV/AIDS di kalangan rakyat jelata. Wah, rakyat jelata gitu~



Sumber Bernama: Budak Botak

P/S: Siapa sudi pakai baju tu sila tunjukkan bulu kaki anda. Amboi cik abg, tunjuk terus bulu kaki. Nak pakai ke baju tu?