Wednesday, 15 February 2012

OpKhiM di Seremban

Assalamualaikum w.b.t.


sangkaan aku jauh tersasar..
rupanya sangat susah nak berkomunikasi dengan orang yang down syndrome..
sangat tabah ibu bapa mereka nak menjaga mereka..

"adik. jom ikut akak menari" 


tapi riaksi dia macam takut..

Monday, 13 February 2012

OpKhiM

esok 14 Feb 2012 ada OpKhiM (operasi khidmat masyarakat) kat Seremban...

kami student nurse UiTM akan ke sana..
melawat rumah syndrome down...

sebelum ke sana, mari kita mengetahui lebih lanjut mengenai syndrome down ni..

Sunday, 12 February 2012

TEST

semalam aku ada test..

Alhamdulillah la..

"subjek apa kinah oit" kata dia kepada aku

Reproductive and Sexual Health laa...


"waaahhh, kemain kinah oit,
subjek ni kau laju je jawab ye,
subjek Mental, dengan kau kau sekali mental kepala otak..."

Well, tengok orang laa (padahal, hentam je banyak)...
hahaha..

tapi aku menggigil menjawab soalan semalam..
sejuk + lapar + tangan sakit

tulisan aku bapak la cakap ayamnya...
ayam pun kalau tengok tulisan aku mesti gelak berguling-guling dia..
hei ayam, kau tak payah nak gelak sangat la,
aku sembelih kau baru kau tau ye...

"wei kinah apa kau melalut ni??"


eh, lantak aku la...
blog aku, aku punya suka la...

okeh, aku dah tak tau dah nak melalut apa...

S E K I A N   ^_^

Overnight

Assalamualaikum w.b.t.

first time overnight dengan mereka..
MY NEW FRIENDS

WEEHOOO!!!

seronok juga laa...
dalam perancangan, aku tak nak overnight pun,
tapi disebabkan kelewatan dan memang confirm tak sempat aku nak melepasi pagar UiTM Puncak Alam before pukul 11 malam,
aku pun buat keputusan untuk overnight

first time lepak dengan itik dan kawan-kawan itik,
AKU:
- dah jadi macam perempuan melayu terakhir,
diam sambil kepala tunduk tengok ibu jari kakiku yang comel.. ececeyy
kalau geng-geng aku tengok keadaan aku masa tu mesti diorang tak percaya... memang berbeza dengan perangai aku sebenar (mulut tak gheti-gheti nak diam) hahaha

- tak faham speaking 'ganu' diorang tu...
yang aku tau, na na na na ganu kite~ (lagu ganu)

Thursday, 9 February 2012

Kerja

Assalamualaikum...

hari pertama posting di wad postnatal (waahhh, seronoknya!!!)
masuk-masuk je tengok muka baby, suci je..
tak ada dosakan...

tapi, bila masuk je wad, aku dengan rakan-rakan aku,
jadi blur sekejap...

OMG!!!
macam mana ni, aku takut nak pegang anak orang...
baru lahir pulak tu...

C.I kami pun beri assignment wad...
"awk berdua buat observation chart, kamu bertiga buat top and tail (nama procedure), dan dua orang lagi ni buat procedure vulva swabbing (cuci luka bersalin)"


riaksi aku dengan kawan-kawan aku
terkejut

"kenapa kamu buat muka macam tu?? kamu takut ke??"
"jangan risaulah. saya akan tengok kamu buat.. tak kan la saya nak biarkan kamu yang baru belajar postnatal buat sendiri semua kerja" kata Puan a.k.a C.I kami..

Fuuhhhh~
lega sekejap...

then, kami pun buat la semua procedure tersebut dengan tunjuk ajar Puan..

S E R O N O K N Y A ~

seronok dapat pegang baby,
seronok dapat belajar sesuatu yang baru,
seronok bila tengok family patient seronok..

cuma penat tu biasalahkan
kerja mana ada yang tak penat..
apa yang penting ialah keikhlasan semasa kerja,
kalau kita ikhlas, semua kerja akan jadi mudah...

S E K I A N   ^_^