Monday 7 January 2013

Sejarah Bandar Muadzam Shah.

Assalamualaikum.

Rindu dengan kampung halaman aku.


Aku ingat lagi masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku diberi assignment untuk mengkaji Sejarah dan latar belakang Bandar Muadzam Shah. Masa tu aku hingusan lagi, so aku pandang remeh je dengan semua tu. Tapi sekarang bila aku dah besar aku nak cari balik semua tu dan ni la hasilnya.

Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah

  • dirasmikan pada 12 November 1977 oleh Sultan Pahang ke5 iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-MuadzamShah. 
  • 1973: kajian oleh perunding dari Foundation of Canada Engineering (Fenco) untuk mewujudkan kawasan wilayah Pahang Tenggara dan menjadi antara 36 buah bandar yang terpilih untuk dibangunkan. 
  • 1979: Diiktiraf sebagai sebuah bandar yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah genap 25tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 
  • Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri seperti terciptanya Putrajaya. 
  • Dahulu, Bandar Muadzam Shah diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Pekan dan kini diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin.
  • Munurut status perkembangan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Rompin kerana wujudnya Hospital Besar Muadzam Shah berbanding Rompin. 


  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki kesemua kemudahan awam termasuk mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah sekolah malah memiliki universiti bertaraf antarabangsa.
  • Bandar Muadzam Shah juga memiliki wilayah pentadbiran yang besar seperti Keratong, Bukit Ibam dan sekitarnya.
  • Kemajuannya terus disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton dan akhirnya telah dibina di Pekan, Pahang. 
  • Pembinaan sebuah UiTM di bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan dan akhirnya tapak projek UiTM Muadzam Shah digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah dan kini telah siap sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah di wujudkan untuk bumiputera dan disebabkan itu juga UiTM ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Peta Muadzam Shah. Desa Teratai tu la kampung aku
P/S: Muadzam Shah is the legend town ever. Muahahaha 

2 comments:

  1. Salam, tumpang bertanya boleh??
    Macam mana nak cari rumah sewa kat area bndr muadzam ye?

    ReplyDelete
  2. Rumah dan bilik utk disewa di Bandar Satellite Muadzam Shah. Sila hubungi 0122549799 Cikgu Azmi.

    ReplyDelete