Tuesday, 19 February 2013

Before and after Make up


LOL!!! XD



Setelah sekian lama tak hupdate

Assalamualaikum.

Perghhhh, berkurunkan aku tak update blog.

Bersawang dah ni. 

Fuhh fuhh fuuuhhhhh *tiup habuk*

Bukan tak nak update. Aku ni online guna internet UiTM. Sebelum ni boleh je online. Sejak dua tiga empat lima  menjak ni tak boleh pulak dah. Tak habis2 dengan access denied. Stress aku.

Dah kerja hupdate menghupdate blog aku ni tergendala.

Kalau aku kat rumah lancar jela nak update blog pun. Pakai berukben, apa susah. Ni kat kolej, nak hupdate gone?!!

Aku ni byk cerita baru nak share tapi tak cukup jari pulak nak menaip. Tunggu la ye jari aku tumbuh byk sikit. Boleh laa hupdate dengan lajunya.

Tunggu la malam sikit aku hupdate. Dah maghrib ni.

P/S: Blog blog jugak, solat jangan tinggal. *muhasabah diri*

Wednesday, 16 January 2013

Dobi Cinderella? Me??

Assalamualaikum.

Agak hilang kesabaran aku apabila hampir setiap hari ada orang call aku. Kalau BF call ke tahan la lagi, ni yg call tiap2 hari orang yang tak kenal. Dah tak kenal tu 1 hal. Ni dia tanya pulak aku ni 'Kedai Dobi Cinderella' ke apa. Erkk?? Bila masa aku bukak kedai dobi??


Dah aku cakap bukan tu bukan la. Ni ada pulak cakap aku tipu sebab nak lari dari pelanggan, tu yg buat aku hilang naluri kewanitaan tu. Waahhh, naluri kewanitaan gituuuu. Kau hado? haha

Ni semua jadi lepas enset aku scuba dalam jamban la ni. Terpaksa aku tukar nombor baru a.k.a. nombor lama pejabat kedai dobi cinderella ni. (Nak tau kisah enset aku? Sila klik C501 dalam sejarah)

Kalau sekali orang tersalah call tanya dobi cinderella tu tahan la lagi. Ni dah lebih 20orang call tanya benda yang sama, fed up jugak aku. Pepagi buta orang call, aku tgh kelas orang call, malam2 aku tgh tidur pun orang call jugak. Haiii, 'dobi cinderella' kau tu bukak 24 hours ke ape? Kalau aku betul2 bukak kedai dobi pun aku fed up dgn kau yg call 24 hours je kejenye.

Patut la bos kedai dobi tu tukar nombor. Mesti sebab tak tahan kau asyik call je. Aku je pulak yg malang kebetulan beli no. lama dobi tu. Hadap la aku tiap2 hari orang tanya soalan sama.

HELLO PELANGGAN SETIA DOBI CINDERELLA, 019241****  TU BUKAN PEMILIK KEDAI DOBI CINDERELLA LAGI DAH. TU NO. AKU LAAA. STOP CALLING AND ASKING ME THE SAME THING. I'M NOT BOSS OR STAFF FOR WHAT EVER KEDAI YG KORANG MAKSUDKAN TU.

Pagi tadi sorang mamat ni call tanya pasal carpet dia dah siap ke belum. Aku dalam toilet pulak tu masa dia call. Aku pun ulang la ayat yg sama aku bukan bukak kedai dobi, aku cuma student yg rajin mendobi baju. Ada pulak aku di caci maki. Nak aje aku baling enset aku dalam lubang jamban and flush 3 4kali.

Puihhhh punya jantan!! Aku cakap elok jawab pun elok2 la. Mmg aku bg free no kau ni kat minah2 bangla sana. Layan la kau minah2 bangla ni pulak. Good luck jantan sengal!!! Semoga kau menemui pasangan ideal kau ye!!


C501 dalam sejarah

Assalamualaikum.

Serius aku rasa rindu gila dengan telefon tangan cap itik aku tu. Tak de ar itik mana, cuma kalau nak dibandingkan dengan phone zaman sekarang, enset tu menunggu giliran je jadi enset baling anjing.
sony ericsson c501

Enset ni mama and abah aku hadiahkan lepas aku dapat cemerlang SPM. Huh, aku sekolah menengah je aku antara pelajar cemerlang, masuk U aku la yang paling malas and ngokngek. Mama abah tau kemalasan aku kat U ni mmg teruk la aku kena marah. hahaha

Punya la aku sayang enset ni, aku langsung tak de hati nak tukar enset yg lebih canggih walaupun dah macam2 jenis yg lagi canggih keluar. Tapi enset ni dah tinggal sejarah. 

11 November 2012:
Aku baru balik dinner dengan kawan kawan aku. Balik dr dinner aku terus hantar baju ke dobi kat tingkat 1. Punya la perut aku memulas masa kat dobi tu, aku pun terus berlari tumpang toilet rumah member aku kat tingkat 1 tu jugak (R6103). Terlupa pulak aku masa tu aku tak tukar lagi seluar jeans aku. Dlm poket pulak ada enset, meng-order maut la gamaknye. Memang tengok jela enset aku tu jatuh dalam lubang jamban. Dah ar jamban cangkung. Kalau jamban duduk boleh lagi aku korek. 

Aku ni pulak dilahirkan dengan tangan kurang panjang. Lubang jamban la punya dalam. Berkilometer jauhnye habaq hang. Berserah jela aku. Enset tu aku tak kisah sangat lagi, tapi memory card tu yg buat aku terkilan. Byk kenangan aku dengan 'bapak kucing' hilang macam tu je.Sedih!!! (nangis guling2)

P/S: Hope roh arwah C501 bersemadi dengan aman dlm lubang jamban sana.


Mata juling+kabur

Assalamualaikum.

Waaahh, hari ni shopping sakan kau Mak Nah oi!! Habis duit aku RM50 untuk hari ni saje. Belum lagi esok lusa. Paraaahhhh!!!

Dah la every week aku keluar  tengok wayang+bowling. Amboi Mak Nah, kau tu anak Tan Sri ke nak perabihkan duit je kejenya?? Ke bini Dato' kau ni?? Kau tu student lagi la Senah oi!! Mengharap duit PTPTN pulak tu. Cuba la berjimat cermat sikit.

Aku baru je beli jam baru 3hari lepas. Tak sampai seminggu pun aku pakai, dah sangkut pulak dengan ice watch. Tak ke membazir ke namanya tu?
OMG!! Nice one!!


Dah dapat jam, beg baru pun tersangkut la. Yipppyyyy, new bag!!!! (tengok duit dlm bank terus rasa menyesal beli tadi, hmmmm =..=)

Enough okey!! Sengkek dah aku sekarang. Kene kembali duduk tepi jalan bawak tempurung kelapa sambil berzapin. Dapat seribu dua jadi ar. Menambahkan pendapatan la bak kata aku.

P/S: Sesiapa yg rasa serabut tgk duit bersepah2 kat stor duit tu, apa lagi, hulur la 2 3ribu kat aku. Korang pun dapat pahala free. Ye dakk??