Wednesday, 29 August 2012

The Best Way to Separating Egg Yolks



Genius right??  Yeahhh, should try this!!

Me?? Yeaahhh, like this!

It's happen to me right now. Selepas kepenatan baru balik kerja. 


Need to wake up but 5 minutes more, and more, and more, and more and more 

TRUE story



Tuesday, 28 August 2012

Raya Sakan (Keratong)

Assalamualaikum.

Tanggal 23 Ogos 2012 aku teruja sangat-sangat. Kenapa?? Haaaa, aku dapat beraya rumah ex-classmates aku masa sekolah menengah dulu. Punyalah rancak berborak, sampai 4 buat rumah je kitorang dapat beraya. Bila dah masing-masing berjumpa, banyak la ceritanya kan. Tak cukup dengan makan ketupat, dgn kitorang sekali buat ketupat. Haha.

muka teruja aku versi kartun.


Keterujaan aku makin bertambah bila budak2 sekolah aku yg duduk rompin dulu datang rumah aku. Dari rompin tu, bukannya dekat. Gua tabikk springggg kaw2 la kat korang. Lepas diorang raya rumah aku, apa lagi aku drive la follow diorang pergi Keratong pulak. Macam biasa la aku, korang macam tak kenal kan? Pantang nampak makanan, aku makan je semua,

Member aku ni pulak (Aisyah) buat open house. Sambil bercerita tu tangan laju je menyuap. Bukannya apa, aku takut makanan habis dulu je sebelum aku habis bercerita.

Kepada yg tak kenal aku mesti korang ingat aku ni seorang yg pendiam kan? Aku ni jenis susah sikit nak ramah dengan orang yang baru kenal. Kalau dah lama kenal baru lah aku ni mulut murai sikit. Bercakap tak berhenti (biasa la, ikot genetik mama aku la katakan).

Family aku ni tak tau ni aku pergi raya rumah kawan aku sampai keratong. Harap abg aku tak baca la blog aku ni. Hehe. Ala, along n angah, achik dah balik dah pun dari beraya. Selamat je ni adik, tak ada apa la, jangan risau. Pandai la achik jaga diri. hehe. Tapi kalau along dgn angah dah terbaca, jgn bagitau mama n abah ye, hehe.

Ex-classmates aku. Muka masing2 dah macam ada anak 10 org (kecuali aku la) hehe

S E K I A N   ^__________^

Thursday, 23 August 2012

Keletihan Melanda

Aku ingat nak update blog tadi. Tiba-tiba letih la pulak seharian jalan beraya.. Dah tersenggung-senggung dah ni menaip. Esok-esok jelah aku update. 

Esok aku nak beraya lagi ni. Siap senaraikan lagi rumah siapa pulak nak pergi esok. 
Okeh, perlu tidur awal!!

Selamat Malam BLOG, TWITTER dan FB. Esok kita jumpa lagi.


Monday, 20 August 2012

HaHa and Jong Kook dance together (Running Man)

Assalamualaikum.

Pergghh, penat. Aku baru je sampai dari kampung ni.

"Kampung Cik Sakinah kat mana??" blog aku bertanya.

Kampung aku kat mersing je. Tahun ni aku raya kat mersing. Meriah kau tau tak? Mana taknya, semua dah berkumpul kat sana. Dengan kucing aku sekali angkut ke sana. HAMBIK KAU!!

Tapi post kali ni aku malas nak cerita apa yang aku buat kat sana selama 3 hari 2 malam. Aku cuma nak kongsi kat korang semua pasal video ni.


Korang pernah tgk Running Man tak? Tak pernah??

Haaa, ni aku nak cerita sikit. Running Man ni sebuah variety show la katakan. Terdiri daripada perlakon korea tu sendiri. Aku malas nak cerita dengan lebih terperinci. Nak tau lagi boleh search sendiri.

ni antara artist yg terlibat

Aku bukannya apa, aku suka gila tengok si Jong Kook dgn HaHa ni menari. Aku pon search la kat YouTube. JUMPA beb!!

Comel seyhh diorang menari. 

Saksikanlah~

Bestkan kan kan?? Tak best?? Okeh, g main jauh-jauh. Tak nak kawan kau 2 saat. :P

S E K I A N    @____@