Wednesday, 4 April 2012

Tuesday, 3 April 2012

Wa Caya Sama Luu!!

Assalamualaikum

tengah aku layan band favorite aku,
tiba-tiba aku ternampak video ni...

serius power beb kumpulan ni..
jangan pandang sebelah mata je tau..
bukan lagu pecah anak tekak je dia boleh bawak,
lagu Rolling In The Deep pun dia boleh bawak tau... 

aku tabik springgggg la!!!

JOM LAYAN

S E K I A N   ^_^

to BEE


itu yang terbaik

S E K I A N   ^_^

True Story

Antara yang pelik tentang perempuan..


tapi memang betul pun... 
sebab aku pun macam tu... hehehe

S E K I A N   ^_^

jANgan Baca

Assalamualaikum

Haaaccummm!!! (bersin)

perghh, berhabuk dah blog aku ni..
bukan setakat blog, FB and twitter aku pon dah berhabuk 1 meter..

nak mengharapkan maid bersihkan habuk blog aku ni memang tak geraknya la..

bukannya apa, aku busy dengan exam dan praktikal..
habis exam terus kene kerja..
tak menyempat pun nak balik kampung halaman menjenguk kerbau yang tengah merindui aku ni..

tiap-tiap hari mak aku call aku, "camne exam? camne praktikal?"


okeh jela mama.. cuma penat yang melampau masa praktikal tu..
nak kata banyak kerja tu tak jugak..
penat menunggu sebab tak ada kerja ada laa..

member aku yang sorang ni siap bangga semacam bila dapat kerja kat ward..
nak buat kerja pon berebut di sebabkan kerja yang begitu limit..
nak buat macam mana, kami dapat ward yang tak busy..

"kau ni kinah, dapat ward yang busy bising cakap penat..
dapat ward tak busy pun nak bising jugak ke??"


eh aku lagi suka ward yang busy la.. tak ada la aku menyengeh je kerjanya..

rakan seperjuangan (makan time!!)

tapi apa-apa pun, praktikal memang best (erkk, tipu je kot)

S E K I A N   ^_^