Friday, 15 March 2013

Selamat datang kedunia manusia wahai kad matrix!!

Finally, setelah 2 bulan aku hidup tanpa matrix card, warganegara jugak aku kat UiTM ni.

Kalau tak kehulu kehilir aku pegang buku cover dada ala2 budak nerd giteww. Semuanya gara2 matrix card aku pergi jalan tak reti reti nak balik. Exam pun lagi 2 minggu je. Kalau tak ada matrix card aku tak boleh masuk exam ni. Mama tolong!!!

Aku tak ambik lagi benda alah ni

Dan kerana matrix card ni jugak aku tak dapat lagi nak ambik baucar buku aku. Nak tak nak merangkak jugak la aku turun naik pejabat buat matrix card baru.

Aku pergi naik pejabat punya la cun dengan baju kurung + mekap tebal 1meter katakau!! (mekap ke? nak pakai eyeliner pun tak reti, cano tu..) Sebab pkir yang dia nak snap gambar baru la aku pakai cantik2.

Selesai buat bayaran kat pejabat bendahari, aku pun naik la tingkat 6 untuk ambik gambar baru. Part ni yg aku paling suka ni. Aku dah la suka ambik2 gambar ni. Duduk la dulu menungggu giliran memandangkan ramai student baru degree nak buat kad matrix.

Tengah syok2 berborak dengan member aku ni, tiba2 aku dgr org panggil nama aku.

Yeay!! Senyum~~~ *nak snap gambar*

Tersenyum macam kerang busuk dah aku ni. Sekali ingatkan orang tu ambik gambar aku, rupanya dia saje main2kan aku. Kad matrix aku dah siap rupanya guna gambar sem 1 dulu. Punya la malu aku kat situ.

Member2 aku dah terbahak2 gelakkan aku. Kuang ajo kau ae. Tak pe, hari ni hari aku. Esok lusa aku pulak gelak guling2.

Perghhh, muka sem 1 punya kad matrix. Gila klakar. Dah la gambar jaundice. Haishh!!


P/S: Melayang duit aku RM30. Dah la purse aku ala2 padang pasir. Kering kontang!!

No comments:

Post a Comment