Tanggal 23 Ogos 2012 aku teruja sangat-sangat. Kenapa?? Haaaa, aku dapat beraya rumah ex-classmates aku masa sekolah menengah dulu. Punyalah rancak berborak, sampai 4 buat rumah je kitorang dapat beraya. Bila dah masing-masing berjumpa, banyak la ceritanya kan. Tak cukup dengan makan ketupat, dgn kitorang sekali buat ketupat. Haha.
muka teruja aku versi kartun.
Keterujaan aku makin bertambah bila budak2 sekolah aku yg duduk rompin dulu datang rumah aku. Dari rompin tu, bukannya dekat. Gua tabikk springggg kaw2 la kat korang. Lepas diorang raya rumah aku, apa lagi aku drive la follow diorang pergi Keratong pulak. Macam biasa la aku, korang macam tak kenal kan? Pantang nampak makanan, aku makan je semua,
Member aku ni pulak (Aisyah) buat open house. Sambil bercerita tu tangan laju je menyuap. Bukannya apa, aku takut makanan habis dulu je sebelum aku habis bercerita.
Kepada yg tak kenal aku mesti korang ingat aku ni seorang yg pendiam kan? Aku ni jenis susah sikit nak ramah dengan orang yang baru kenal. Kalau dah lama kenal baru lah aku ni mulut murai sikit. Bercakap tak berhenti (biasa la, ikot genetik mama aku la katakan).
Family aku ni tak tau ni aku pergi raya rumah kawan aku sampai keratong. Harap abg aku tak baca la blog aku ni. Hehe. Ala, along n angah, achik dah balik dah pun dari beraya. Selamat je ni adik, tak ada apa la, jangan risau. Pandai la achik jaga diri. hehe. Tapi kalau along dgn angah dah terbaca, jgn bagitau mama n abah ye, hehe.
Ex-classmates aku. Muka masing2 dah macam ada anak 10 org (kecuali aku la) hehe
S E K I A N ^__________^
No comments:
Post a Comment