Tuesday, 28 February 2012

Aku Jantan

Assalamualaikum..

aku dah macam jantan sekarang
HAMBIK ko.. ko mampu??

gara-gara program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) , 
aku dah ada six pack + bicep dua longgok..

wohoooo, aku memang suka..

aku balik pahang ni confirm mak aku pengsan  

dulu, bicep aku ciput je...
sekarang berciput-ciput...

OMG!!!!

aku nak jadi ladies,
yang comey-comey pakai pink-pink,
ada rama-rama atas kepala (perasaaannnnn!!)

tak pe, habis je program ni,
aku akan berusaha mengecilkan balik segala otot jantan aku ni...

B E R U S A H A L A H ! ! !

^_^

Sunday, 26 February 2012

Minngu yang Sibuk

"Mana kinah ni.. tak update blog pun.."

hei, aku tgh nak update la ni..

biasa la, menteri macam aku ni memang selalu sibuk.. (feeling-feeling VVIP la pulak)

aku posting kat KKIA Jln Raja Abdullah..
ni pakcik dolah punye jalan aku bertapak..
ko jangan main-main... MAFIA tu...

aku balik lewat petang, tu yang tak ada masa nak update..

KKIA Jln Raja Abdullah
klinik kami menghadap KLCC (perasan ada klinik sendiri)

seronok kot kerja kat klinik..
berbeza dengan dekat ward...
staff nurse dia semua baik, ramah dan selalu mengajar kami yang baru nak naik...

tapi pernah la sekali aku kene marah, 
tu pun sebab salah aku jugak, main-main buat keje..
sorry kak... saya janji saya tak buat lagi...

kena FOCUS bila bekerja...

group kami
kena bagi talk

pergi home visit

bila dah bekerja dalam kalangan community ni, kena la melawat rumah orang...
yela, nak tengok dia sihat ke tak...
first time pergi sangat teruja,
kali kedua pergi tak ada orang pulak...

last sekali, jadi KLCC visit pulak...

"pakcik, jom la kita pergi KLCC, pakcik tak kesian ke kat kami" merayu kami kepada driver van...

"okeh, pakcik bagi masa kamu semua setengah jam je pergi jalan" 

yeay!!! rayuan kami di terima...

dan 1jam la kami bertapak di sana menikmati keindahan ciptaan Tuhan..

S E K I A N   ^_^

Friday, 24 February 2012

Lagu Rakyat Pahang

Jom layan lagu rakyat Pahang..

Makwe Koi


Ngape Bio Semok

tapi video klip ni agok klako...
hahaha
lalala~

S E K I A N   ^_^

Sunday, 19 February 2012

Siapa orangnya??

14 Feb 2012 hari tu...
masa kami sedang jalan melalui blok Angsana (hostel lelaki)
kami ternampak la sebuah motosikal yang di penuhi kertas...

sempat lagi snap 1 picture..

dan aku terbaca la pesanan dari awek dia la kot kat motor tu..
"hepy besday sayang.. love u.."

kami pun apa lagi..
conteng habis la...

kami tulis 
"sayang awak.." 
"love u baby"
"hepy besday sayang"
" muahh!!"

oppsss...
sorry, ter-over pulak...

apa-apa pun, HAPPY BELATED BIRTHDAY tuan motor...

S E K I A N   ^_^

Alcohol Swab

Assalamualaikum

korang semua tahu tak apa itu alcohol swab??
bagi mereka yang biasa dengan barang-barang yang ada kat hospital,
mestilah tahu apa benda tu kan??

zaman dulu tak ada pun yang dah siap paket ni..
kene buat sendiri la, larutkan dekat cotton ball..
tapi sekarang senang...
koyakkan then guna...

haa, ni la dia alcohol swab..

Korang semua tahu tak alcohol swab ni banyak sangat function dia..
kata orang 1001 kegunaan la...

bukan setakat untuk bersihkan kulit sebelum injection,
malah boleh gunakan selain daripada itu...

contohnya,
1. kasut anda kotor setahun tak basuh??
hanya dengan satu swab sahaja, kekotoran pada kasut anda akan hilang...
tidak perlu sental pakai sabun....

2.  meja belajar anda dipenuhi contengan??
hanya dengan alcohol swab, meja anda akan bersih tanpa kesan contengan walau sedikit pun...

3. baju anda terkena contengan pen dan sukar hilang walau disental dengan sabun??
hanya dengan gosokkan alcohol swab pada contengan pen tersebut, maka kotoran akan hilang..

4. anda pakai pengilat kuku tetapi ingin menghapuskan pengilat kuku pada kuku anda??
sapu alcohol swab pada kuku anda maka kesan pengilat kuku akan hilang..

5. terdapat minyak hitam pada lantai rumah anda dan sukar untuk dibersihkan??
gunakan alcohol swab dan saya jamin, kesannya akan hilang...

SELAMAT MENCUBA!!!

S E K I A N   ^_^

Wednesday, 15 February 2012

OpKhiM di Seremban

Assalamualaikum w.b.t.


sangkaan aku jauh tersasar..
rupanya sangat susah nak berkomunikasi dengan orang yang down syndrome..
sangat tabah ibu bapa mereka nak menjaga mereka..

"adik. jom ikut akak menari" 


tapi riaksi dia macam takut..

Monday, 13 February 2012

OpKhiM

esok 14 Feb 2012 ada OpKhiM (operasi khidmat masyarakat) kat Seremban...

kami student nurse UiTM akan ke sana..
melawat rumah syndrome down...

sebelum ke sana, mari kita mengetahui lebih lanjut mengenai syndrome down ni..

Sunday, 12 February 2012

TEST

semalam aku ada test..

Alhamdulillah la..

"subjek apa kinah oit" kata dia kepada aku

Reproductive and Sexual Health laa...


"waaahhh, kemain kinah oit,
subjek ni kau laju je jawab ye,
subjek Mental, dengan kau kau sekali mental kepala otak..."

Well, tengok orang laa (padahal, hentam je banyak)...
hahaha..

tapi aku menggigil menjawab soalan semalam..
sejuk + lapar + tangan sakit

tulisan aku bapak la cakap ayamnya...
ayam pun kalau tengok tulisan aku mesti gelak berguling-guling dia..
hei ayam, kau tak payah nak gelak sangat la,
aku sembelih kau baru kau tau ye...

"wei kinah apa kau melalut ni??"


eh, lantak aku la...
blog aku, aku punya suka la...

okeh, aku dah tak tau dah nak melalut apa...

S E K I A N   ^_^

Overnight

Assalamualaikum w.b.t.

first time overnight dengan mereka..
MY NEW FRIENDS

WEEHOOO!!!

seronok juga laa...
dalam perancangan, aku tak nak overnight pun,
tapi disebabkan kelewatan dan memang confirm tak sempat aku nak melepasi pagar UiTM Puncak Alam before pukul 11 malam,
aku pun buat keputusan untuk overnight

first time lepak dengan itik dan kawan-kawan itik,
AKU:
- dah jadi macam perempuan melayu terakhir,
diam sambil kepala tunduk tengok ibu jari kakiku yang comel.. ececeyy
kalau geng-geng aku tengok keadaan aku masa tu mesti diorang tak percaya... memang berbeza dengan perangai aku sebenar (mulut tak gheti-gheti nak diam) hahaha

- tak faham speaking 'ganu' diorang tu...
yang aku tau, na na na na ganu kite~ (lagu ganu)

Thursday, 9 February 2012

Kerja

Assalamualaikum...

hari pertama posting di wad postnatal (waahhh, seronoknya!!!)
masuk-masuk je tengok muka baby, suci je..
tak ada dosakan...

tapi, bila masuk je wad, aku dengan rakan-rakan aku,
jadi blur sekejap...

OMG!!!
macam mana ni, aku takut nak pegang anak orang...
baru lahir pulak tu...

C.I kami pun beri assignment wad...
"awk berdua buat observation chart, kamu bertiga buat top and tail (nama procedure), dan dua orang lagi ni buat procedure vulva swabbing (cuci luka bersalin)"


riaksi aku dengan kawan-kawan aku
terkejut

"kenapa kamu buat muka macam tu?? kamu takut ke??"
"jangan risaulah. saya akan tengok kamu buat.. tak kan la saya nak biarkan kamu yang baru belajar postnatal buat sendiri semua kerja" kata Puan a.k.a C.I kami..

Fuuhhhh~
lega sekejap...

then, kami pun buat la semua procedure tersebut dengan tunjuk ajar Puan..

S E R O N O K N Y A ~

seronok dapat pegang baby,
seronok dapat belajar sesuatu yang baru,
seronok bila tengok family patient seronok..

cuma penat tu biasalahkan
kerja mana ada yang tak penat..
apa yang penting ialah keikhlasan semasa kerja,
kalau kita ikhlas, semua kerja akan jadi mudah...

S E K I A N   ^_^

Wednesday, 8 February 2012

Research

Assalamualaikum

tadi aku melawat la wad pesakit kusta..
then, aku tertanya-tanya pasal penyakit ni...
kenapa patient kusta di asingkan begitu jauh dari patient lain??
apa punca penyakit ni dan kesannya sampaikan orang begitu takut dengan penyakit ni????

R E S E A R C H   B E R M U L A ! !

Tuesday, 7 February 2012

SIAP ke TAK SIAP!!

basuh baju uniform??
siap!!

iron baju uniform??
siap!!

sediakan beg with note book??
siap!!

semuanya dah siap?!!
apa je yang tak siap ni??

saya tak siap sedia lagi nak masuk ward postnatal...
nervous laa

postnatal ward= wad selepas bersalin

Sunday, 5 February 2012

Roommate

Assalamualaikum...

Dear roommate,
curious tak mana satu roommate aku?? haha

ok sambung balik,
video ni khas untuk ko...
mesti tengok tau....



S E K I A N   ^_^

Saturday, 4 February 2012

Zaman Dulu (1)..

Assalamualaikum..

hari ni entry aku pasal zaman dulu lagi,
tapi bukan pasal aku dan adik beradik aku,
ni pasal aku dengan kawan aku masa aku kat sekolah rompin dulu..

rasanya tak perlulah aku mention nama sekolah aku,
takut mengaibkan je nanti..

C E R I T A   B E R M U L A

Hormat la sikit

Assalamualaikum


aku bakal jururawat..
so what??
apa problem-nya kalau aku jururawat..

hari ni aku nak luahkan sikit apa yang aku rasa bila orang kutuk-kutuk pekerjaan aku..
aku pelik kenapa orang tak suka dengan pekerjaan ni...
kalau korang semua tak suka, pergi la main jauh-jauh...
jangan masuk hospital, jangan harapkan para nurse...

APA TU?? (1)

Perhatikan betul-betul dan komen...
Apa yang anda nampak dalam gambar di bawah??
errkk!!!

lalala~

Friday, 3 February 2012

Kembali ke Jalan yang Benar

Assalamualaikum

# MALU BERTANYA SESAT JALAN #

pernah tak korang dengar pepatah kat atas ni???
mesti la pernahkan..

" wei kinah, ko asal tibe-tibe je cakap pasal pepatah ni bagai??"

haaa, curious tak?? curious tak??

Thursday, 2 February 2012

Zaman Dulu..

teringat pulak zaman kecik-kecik dulu..

comeynye

ni masa adik bongsu kami baru lahir

hidup aku memang bersama mereka dari kecik

APA TU??

okeh, jom layan kerenah si kinah ni sekejap..

apa yang deme nampak kat picture ni??

kami tengah makankan??

Tak Payah Nak Bertajuk Sangat laa!!

Assalamualaikum

rindu rumah

bila aku nak balik rumah ni. Rindu dah ni kat family. Rasa macam nak menangis pun ada gak. Dalam semester ni, baru sekali aku balik rumah, masa cuti tahun baru hari tu. lepas tu, dok congok la kat UiTM ni.

Every weekend asal merancang je nak balik, ada kelas. ok tak pelah, minggu depanlah.
Eh Jenab minggu depan pun kita ada kelaslah. Setiap hujung minggu kita ada kelas. Kau tak payah la nak merancang nak balik, duduk je kat Palam ni.

OKEH   F I N E ! ! !

tunggu cuti hujung semester jela jawabnya...

# LUAHAN HATI SI BUDAK JENAB, BUKAN SI KINAH OK!!! #

^_^